Thursday, 4 October 2012

Allah nak kurangkan dosa ana.. :D

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارَّحِيم

Assalamualaikum wrt..

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Tagaabun;11)

Dalam perjalanan memburu ilmu di perantauan, ramai yang akan diuji..UjianNya sangat kreatif dan berlainan antara seseorang dan yang lain. Bahkan bermula dari awal lagi, ketika tiba di airport 26hb September lalu, ada sahabat diuji dengan kehilangan luggage, ada juga sahabat yang diuji dengan 'homesick' yang kronik & ada juga yang diuji dengan sakit kulit (gatal-gatal & mengelupas)

Ana pon x terlepas dari diujiNya..2 hari lepas, ana diuji sakit yang teramat di bahagian belakang (spine)..Ana  segera jumpa doktor sbb risau melarat. Alhamdulillah.,tak ada la kronik sangat ujian ni..doktor diagnosed myositis (
Myositis adalah satu penyakit yang jarang berlaku di mana gentian otot dan kulit mengalami radang dan rosak, menyebabkan otot lemah)

Sepatutnya hari ni ana ke kelas, tapi disebabkan keadaan pagi tadi yg nk solat pon kena duduk, housemate sarankan rehat ja..Doktor pon mintak ana rehat, tapi mc dia tak bagi pulak...haha.

Bila cakap bab sakit ni, ana teringat 1 kejadian waktu menuntut di Unikl RCMP dulu..ada someone ni sakit & dia post kat status fb dia "BENCI AHHH SAKIT NI"..,pastu ada seseorang comment kat statusnya.,"x baik dik.,kifarah dosa tu".. start dr tu ana berminat dengan tajuk sakit kifarah dosa.. :)
Apa tu kifarah?
the answer is.
.Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya,..ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit..
Actually, Allah nk bagi bonus dgn sakit ni..dikatakan, dosa-dosa gugur dengan tertimpanya sesuatu penyakit tu..cumanya kena sabar & redha dengan ujian Allah yang sementara ni..


Sabdanya Nabi kita..:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



tak cukup dengan tu.,Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 


"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

So kesimpulannya, jangan la kita pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa.
Walahualam..

Saturday, 29 September 2012

Selamat sampai negeri Ardhul Kinanah..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah..akhirnya sempat juga nak menulis dkt blog ni..minggu pertama di sini mmg sibuk sikit..sibuk nk meng'complete'kan rumah & sibuk nk belajar adapt suasana kat sini..
Ana sampai ke negeri Ardhul Kinanah tanggal 26hb September.,kira-kiranya dah lebih kurang 5 hari di sini..syukur sangat-sangat sebab rumah sewa yg kami (ana & housemate) dapat agak selesa n almost fully furnished la katakan..cumanya.,rumah kami terletak di tingkat 4..
Dekat Mesir ni.,rumah-rumahnya menggunakan sistem imarah..ala-ala apartment gitu.semua rumah mcm ni tau..& semuanya warna cokelat..sbb apa warna ni.?sbb kat sini banyak pasir.,kalau cat putih.,agaknya x sempat la setahun dah bertukar warna kan..
Haa.,bab makanan pulak.,alhamdulillah ana ni spesis manusia yg terima ja makanan apa pon.,setakat ni boleh lg la makanan arab masuk mulut..
Bab kuliah pulak,semalam dah start.,kuliah kami student pharmacy ni dlm english..bagus kan Uni Zagazig ni..dia sediakan kelas khas untuk budak2 Malaysia yg dtg study medic n pharmacy kat sini..

Tempat yg ana menetap ni xda la maju mcm KL.,kalau Cairo ada la jugak tahap KL.,Zagazig ni mcm pekan saja..yg bestnya pekan ni.,barang2nya sangat MURAH.!!!..bayangkan.,ana beli anggur 5LE sekilo...LE tu matawang sini.,1LE bersamaan 0.50sen Malaysia..bagi penggemar buah-buahan mcm ana ni.,mmg syok sgt la..(^^,)

Haa.,lupa pulak..dekat sini diwujudkan sistem musrif..sistem mushrif ni di mana setiap kumpulan perempuan yg nk keluar malam perlu ditemani oleh seorang sahabat lelaki..utk org2 lelaki ni.,ana tabik la..sbb mostly mushrif ni org2 yg volunteer saja..hebat kan depa(mereka) ni.??kalau ana lelaki pon belum tentu ana nk volunteer..haha.>.<
kat bawah ni ana uploadkan beberapa gambar yg sempat ana ambik dgn hp ana yg x berapa canggih tu..




Ikutnya ada banyak nk menulis lagi.,tapi ada benda nk kena urus lagi..InsyaAllah,ada masa ana updatekan lagi blog yg slekeh ni..
ok then.,take care semua..
walahualam.... :)

Saturday, 22 September 2012

Blog ana yang x brapa nak lawa.~

                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrt..
Akhirnya.,tercipta juga blog yg dibuat khas utk mncatat suka duka pengembaraan yg bakal bermula tak lama lagi..terima kasih yg penuh kasih syg kpd adik yg tercinta Nur Shahanan.,bertungkus lumus dia tolg kakak dia yg x brapa terer blog memblog nih..(walaupon nak pmr dah.,semangat ja dia buat blog)..oh.,& terima kasih buat seorang hamba Allah yg hebat ni..dia yg trigger ana utk menulis ni..ikutkan niat asal mcm malas nk menulis.,takut x ter update..tapi.,bila fikir2 balik mungkin blog yg bakal tercipta dapat tolg seseorng.,apa salahnya kan?..mungkin ini boleh dikira jihad & menjadi pemberat bagi timbangan amal kelak..walahualam..



"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." 

(Al-Hujuraat 49:15)