Thursday 4 October 2012

Allah nak kurangkan dosa ana.. :D

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارَّحِيم

Assalamualaikum wrt..

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Tagaabun;11)

Dalam perjalanan memburu ilmu di perantauan, ramai yang akan diuji..UjianNya sangat kreatif dan berlainan antara seseorang dan yang lain. Bahkan bermula dari awal lagi, ketika tiba di airport 26hb September lalu, ada sahabat diuji dengan kehilangan luggage, ada juga sahabat yang diuji dengan 'homesick' yang kronik & ada juga yang diuji dengan sakit kulit (gatal-gatal & mengelupas)

Ana pon x terlepas dari diujiNya..2 hari lepas, ana diuji sakit yang teramat di bahagian belakang (spine)..Ana  segera jumpa doktor sbb risau melarat. Alhamdulillah.,tak ada la kronik sangat ujian ni..doktor diagnosed myositis (
Myositis adalah satu penyakit yang jarang berlaku di mana gentian otot dan kulit mengalami radang dan rosak, menyebabkan otot lemah)

Sepatutnya hari ni ana ke kelas, tapi disebabkan keadaan pagi tadi yg nk solat pon kena duduk, housemate sarankan rehat ja..Doktor pon mintak ana rehat, tapi mc dia tak bagi pulak...haha.

Bila cakap bab sakit ni, ana teringat 1 kejadian waktu menuntut di Unikl RCMP dulu..ada someone ni sakit & dia post kat status fb dia "BENCI AHHH SAKIT NI"..,pastu ada seseorang comment kat statusnya.,"x baik dik.,kifarah dosa tu".. start dr tu ana berminat dengan tajuk sakit kifarah dosa.. :)
Apa tu kifarah?
the answer is.
.Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya,..ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit..
Actually, Allah nk bagi bonus dgn sakit ni..dikatakan, dosa-dosa gugur dengan tertimpanya sesuatu penyakit tu..cumanya kena sabar & redha dengan ujian Allah yang sementara ni..


Sabdanya Nabi kita..:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



tak cukup dengan tu.,Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 


"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

So kesimpulannya, jangan la kita pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa.
Walahualam..